Kapasiti bekalan air bersih Mukah ditingkatkan

Posted on August 27, 2011

2


Kilang besar memerlukan jumlah bekalan air yang banyak setiap hari.

Beberapa penduduk di Kampung Penat dalam Mukah, Sarawak terpaksa bersengkang mata setiap kali menjelang dini hari untuk menakung bekalan air paip bersih ke rumah mereka sejak setahun lalu.

Menurut salah seorang penduduk terbabit, gangguan bekalan air ke rumahnya bermula menjelang subuh sebelum terhenti terus dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Penyambungan paip di tepi sebatang jalan.

“Bekalan air kembali pulih selepas tengah malam. Jadi kami terpaksa berjaga untuk menyimpan air bagi keperluan harian,” ujar penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman.

Kampung Penat merupakan salah satu kawasan perkampungan kira-kira 10 kilometer dari pekan Mukah yang mengalami kesulitan bekalan air berikutan jumlah penggunaan air bagi sektor industri meningkat secara mendadak pada 2010.

Kenapa ini boleh terjadi dan bila ia boleh diselesaikan?

Ada pihak mendakwa kilang besar iaitu Mukah Power Generator dan Press Metal Sarawak yang beroperasi dalam daerah Balingian(20 minit perjalanan dari pekan Mukah), menggunakan sebahagian besar daripada keseluruhan kapasiti.

Pembukaan dua kilang itu menjadikan keseluruhan penggunaan air di sekitar Mukah meningkat kepada 16 hingga 17 MLD. Sedangkan  Loji Perawatan Air Mukah (LPAM) di Basong yang mula beroperasi pada tahun 2006 berkapasti 14 MLD.

Logi tersebut menggantikan LPAM dengan kapasti 10 MLD berdekatan Sekolah Rendah Datuk Awang Udin, Kampung Datuk di berdekatan pekan dihentikan operasi pada tahun sama. Namun tiga tahun kemudian bekalan tidak mencukupi.

Bagi mengatasi permasalah itu, LPAM lama di Kampung Datuk akan dibuka semula tidak lama lagi. Dengan pembukaan loji itu kelak kapasiti air bersih di Mukah ialah 24 MLD.

Batang Mukah di bahagian ulunya iaitu kawasan Sebakong sumber bekalan air mentah diperolehi sebelum diproses di LPAM di Basong.

Kerja kini giat dijalankan oleh kontraktor untuk menaiktaraf kapasiti pam air mentah di Tingkas Intake di Bakong ulu Batang Mukah.

“Ia membabitkan pembinaan sebuah sedimentation tank dan sebuah pump house yang meletakkan dua buah pam air mentah berkapasiti 24 MLD,” kata seorang jurutera.

Tinjauan saya mendapati pihak kontraktor sedang melakukan kerja membaik pulih loji tersebut bagi membolehkan ia diguna semula.

Dalam pada itu terdapat juga sebuah tangki air aras tinggi sedang dibina di kawasan sebelum Metadeng(20km dari pusat bandar).

Kilang besar memerlukan jumlah bekalan air yang banyak setiap hari.

Kapasiti bekalan air bersih di bahagian Mukah mula menjadi bahan cerita di kalangan segelintir masyarakat setempat sejak beberapa tahun lalu.

Ini termasuklah para penduduk kawasan pinggir pekan yang belum lagi mendapat bekalan keperluan asas tersebut sejak sekian lama memohonnya.

Kerja menurap jalan dilakukan hari ini selepas kerja menanam paip DI(warna kuning) selesai dan tidak mengalami sebarang kebocoran bagi menyalurkan air untuk dirawat di loji.

Beberapa permohonan terhadap bekalan air dari satu penempatan di Oya misalnya sudah sampai ke agensi berwajib, namun ia belum dilaksanakan ekoran bekalan sedia ada tidak mencukupi untuk disalurkan ke tempat tersebut.

“Kami tidak menggalakkan permohonan pada masa itu sebab tekanan air tidak kuat di kawasan mereka. Jadi lebih baik jangan mohon dulu sehinggalah tekanan meningkat,” kata pegawai terbabit.

Bekalan air bersih melalui paip berwarna biru yang sudah dirawat digunakan di rumah.

Menurut jurutera, setakat ini kapasti di sekitar Oya hanya 8 bar. Dan ia akan meningkat kepada 20 bar apabila projek menaiktaraf siap dan beroperasi sepenuhnya tiga bulan dari sekarang.

Dengan kapastiti 24 MLD, ia kelak mampu memenuhi keperluan penduduk di 22 kampung, selain empat rumah panjang dan 10 taman perumahan di sekitar Mukah untuk tempoh lima tahun akan datang.

Taman perumahan bertambah banyak di Mukah.

Kawasan taman perumahan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan di pusat bandar sudah tentu memerlukan bekalan air bersih yang banyak untuk keperluan masyarakat setempat.

Bagaimana pula apabila banyak projek tumbuh di Mukah yang menjadi salah satu pusat Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak(SCORE) untuk tempoh panjang?

Jumlah itu sudah tentu tidak memadai.