Pengguna IT dahagakan Jalur Lebar sempurna

Posted on August 29, 2011

1


budakinternet

Keadaan di luar sana berjerebu sejak beberapa hari lalu dan ia tidak sesuai untuk mengadakan sebarang aktiviti luar demi untuk menjaga kesihatan.

Selalunya kalau tiada aktiviti lain di rumah, saya lebih gemar membuang masa ‘lepak di alam maya’ dengan berbual dengan rakan-rakan facebook atau melayari internet.

Menara telekomunikasi di dalam kawasan ladang sawit.

Sekurang-kurang saya tidak banyak menghabis masa, tenaga dan bahan bakar semata-mata untuk berkunjung ke rumah mereka atau berjumpa di satu tempat ditetapkan.

Tidak seperti sebelum zaman teknologi maklumat (IT), kita tidak perlu keluar dan lepak sambil berbual mesra bersama gang masing-masing.

Di sinilah letak kelebihan laman sosial, pengguna boleh berbual-bual dengan kawan, saudara atau rakan niaga dengan mudah.

Paling menarik ialah terjumpa bekas rakan sekolah rendah…mengimbau kenangan budak hingusan memang menyeronokkan…nostalgia.

Macam-macam dapat dikongsi mengenai kisah lalu dan sekarang. Setidak-tidak melalui laman sosial kita dapat saling mengetahui perkembangan terkini.

Bonus, jika tercetus idea luar jangka seperti menubuhkan persatuan bekas pelajar tahun berkenaan tanpa perlu bertemu di alam nyata.

Itu hanyalah salah satu contoh bagaimana kewujudkan IT membantu mempermudahkan kegiatan murni masyarakat moden.

Malang  IT turut ada kekangan dan tidak boleh lari daripada masalah teknikal seperti mengalami gangguan talian internet.

Saya menggunakan jalur lebar WiFi pra-bayar syarikat telekomunikasi terkemuka sejak beberapa bulan lalu.

Pada mula-mula saya menggunakan broadband WiFi tersebut segalanya berjalan lancar dengan tahap bar memuaskan.

Pusat pekan Mukah tiada masalah mendapat liputan internet.

Tetapi liputannya sangat lemah sejak kebelakangan. Kadang-kadang gangguan berlaku dari pagi hingga malam.

Sedangkan kedudukan premis tempat saya melayari internet tidak lebih dari 1 km dari pusat bandar Mukah.

Selalunya apabila berlaku masalah ke atas liputan, saya terpaksa pergi ke sebuah restoran di pusat pekan untuk menjalankan kerja yang memerlukan talian internet.

Mungkin saya agak bernasib baik kerana perjalanan ke pekan hanya mengambil masa lima minit sahaja. Bagaimana pengguna lain yang jauh yang turut berdepan masalah sama?

Dari segi teknikal saya kurang arif berhubung kelajuan high-speed broadband.

Tetapi secara logiknya saya mendapati terdapat menara telekomunikasi serta sistem pemancar di tengah pekan dan pinggirnya.

Apabila ditanya dengan pengusaha premis yang menyediakan perkhidmatan ICT, dia menjelaskan liputan terganggu kerana terdapat masalah kabel dan kerja baikpulih sedang dilakukan.

OK lah. Apa pun puncanya yang penting bagi saya ialah mesti melangsaikan kerja dan jika berlaku gangguan 24 jam, apalah boleh saya buat.

Tetapi sebelum ini iaitu semasa Majlis Konvokesyen Politeknik Julai lalu pun sama. Masa itu mungkin alasannya masuk akal iaitu berlaku kesesakan di talian kerana banyak pengguna di kalangan lebih 1,000 pelajar.

Bagi orang yang tidak ada kepentingan urusan di laman web, masalah liputan internet memang tidak memberi tekanan dan perkara yang saya nyatakan tadi bagai ditiup angin lalu.

Bagaimanapun andai seseorang pengguna itu bergantung kepada aplikasi IT dalam menjayakan kerja projek, kesan adalah sangat dirasai.

Daerah Dalat tidak termasuk dalam PJK.

Kalau soal kemudahaan berkaitan dengannya tidak diambil perhatian oleh pihak swasta terbabit dengan penyediaan telekomunikasi, kelak pihak Kerajaan yang membuat dasar pasti menerima tempias negatif.

Kerajaan Persekutuan sebenar mempunyai pelbagai program yang sungguh menarik untuk dibawa kepada masyarakat sejajar Wawasan 2020, Malaysia sebuah negara maju.

Umpamanya Program Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) telah diadakan berturut-turut di seluruh Sarawak dari 14 Julai hingga 6 Ogos tahun lepas.

Adalah berbaloi program yang mendapat sambutan ramai itu adalah bagi tujuan memperkenal dan merapatkan hubungan antara PJK dan komuniti tempatan.

Program sehari yang bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang tersebut telah berlangsung di 14 kawasan PJK iaitu Samarahan,  Beladin, Lingga, Pakan, Kabong, Sarikei, Song, Kapit, Igan, Balingian, Tatau, Kampung Penan Muslim, Marudi dan Limbang.

Pendek kata semua kawasan terbabit adalah kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan sebaik di bandaraya Kuching, Miri, bandar Sibu dan Bintulu.

Tetapi malang, kebanyakan penduduk kampung di Mukah sering merungut berhubung liputan pra-bayar WiFi yang dilanggan.

Justeru saya menggambil kesempatan ini untuk menarik perhatian Kementerian Penerangan Komunikiasi dan Kebudayaan agar membuat pemetaan kawasan-kawasan yang pengguna IT dahagakan Jalur Lebar sempurna.

Budak-budak sekolah rendah pun dahagakan ICT.

Usaha sedemikian selaras dengan objektif kerajaan untuk merapatkan jurang antara kawasan bandar dan pedalaman. Hanya dengan cara ini masyarakat dapat dibudayakan dengan penggunaan ICT.

Jika tidak niat murni itu seperti terbaru pengagihan netbook 1Malaysia yang dijalankan secara berperingkat di negeri ini menerusi PJK akan sia-sia, kerana tidak semua golongan sasar menikmati.