Mukah, Samalaju Boom!

Posted on September 12, 2011

0


Peta SCORE yang akan menyuntik ekonomi Sarawak.

Suatu hari seorang datuk berusia awal 90-an dibawa bersiar-siar oleh cucunya di sekitar Bandar Mukah terpegun melihat perkembangan dikecapi di sana, sambil menyatakan kekagumannya terhadap pemimpin kita, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Menara Pehin adalah pusat pentadbiran Bahagian Mukah.

”Hey, yey…tempat kita sudah jauh berubah! Sudah banyak pembangunan, saya bagaikan berada di tempat lain. Baguslah tempat kita sudah maju. Patut juga Datuk Taib (Pehin Sri Taib) memajukan tempatnya sendiri sekarang…” katanya.

Datuk itu yang bergiat dalam kerja mesap; memproses tepung sagu sekitar era 1950 hingga 80-an, bagaikan tidak percaya apa yang disaksikannya: terdapat banyak kawasan komersial dan taman perumahan didirikan, selain jalan bersimpang-siur di bandar Mukah.

Politeknik Mukah akan menempatkan beribu-ribu pelajar dari seluruh Malaysia.

Si cucu sekadar tersenyum melihat gelagat datuknya lalu terbayang rupa bentuk Mukah menjelang tahun 2030 berdasarkan ilustrasi artis dalam laman web kerajaan.

Kota Mukah digambarkan akan berkembang menjadi sebuah Kota Bestari menjelang tahun 2030.

Oleh itu tidak seperti datuknya, dia tidak akan terkejut melihat apa yang akan dikecapi Mukah pada masa akan datang. Dengan adanya internet dia tidak akan ketinggalan dari segi maklumat terkini.

Sederet bangunan di bandar Mukah sebagai kampus sementara UiTM Mukah.

Tidak seperti zaman dahulu, arum bulak kata orang Melayu Sarawak sekarang maklumat bagaikan di hujung jari. Melalui laman web pengguna telah memperoleh maklumat perancangan dan pelaksanaan Kerajaan.

Pada 20 tahun akan datang Mukah sangat jauh berbeza seperti apa yang disaksikan pada 2011. Tahukah anda bagaimana Mukah antara 1970 dan 1990?

Dahulu sebelum pasar lama Mukah musnah dalam dua kali kebakaran, ia seperti pekan Bekenu di mana bangunan kedai adalah berasaskan papan. Sekarang hanya tinggal sederet kedai kayu di hadapan SJK Chong Boon, wujud sejak zaman kolonial Brooke.

Pekan Bekenu seperti pasar Mukah pada 1970 hingga 1990.

Itu secalit sejarah dan kenangan silam.

Kini harus menjadi tumpuan ialah ‘boom’ — istilah yang merujuk kepada suatu keadaan ekonomi melambung di sesebuah kawasan pekan kecil. Sebab itulah boom tidak lagi aneh dari segi penggunaannya walaupun ia berasal daripada bahasa Inggeris.

Perkataan ‘boom’ itu sendiri lebih mudah diterima umum sebagai bunyi sangat nyaring dan selalunya ia merujuk kepada ledakan bom di medan perang yang boleh memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa.

Pernahkah anda terdengar orang kata Samalaju dan Mukah akan ‘boom’? Kata-kata sedemikian sering bermain di bibir masyarakat setempat bagi menggambarkan pembangunan pesat akan berlaku di situ dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Ilustrasi artis kawasan Samalaju sebagai pusat perindustrian baru.

Walaupun kesannya tidak kelihatan seperti letusan bom atom yang sekelip mata tetapi Taman Industri Samalaju dalam bahagaian Bintulu telah pun menarik banyak pelaburan asing termasuk Jepun.

Bangunan RECODA yang menjadi pusat pentadbiran SCORE di tengah Bandar Mukah.

Kerajaan Negeri yang mendirikan ibu pejabat Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE), iaitu RECODA, di pusat pentadbiran Mukah adalah bagi mengurus segala urusniaga seperti kewangan, pembangunan dan perdagangannya di bahagian tengah negeri ini.

Tiga lagi pusat pertumbuhan dalam SCORE, Tanjung Manis (Mukah), Baram (Miri) dan Tunoh (Kapit) turut menarik banyak orang kaya-raya asing untuk melabur dalam pelbagai industri berskala besar.

Peta SCORE yang akan menyuntik ekonomi Sarawak.

Boom bukanlah suatu yang tidak pernah berlaku di Bumi Kenyalang. Tidak lama dulu Bintulu sebuah pekan kecil nelayan berkembang pesat dalam tempoh 20 tahun selepas Gas Cecair Asli (LNG) dibuka. Masa itu kota ‘Bintulu boom’.

Kalau dahulu Bintulu hanya lebih dikenali kerana belacan yang enak keluaran penduduk setempat, tetapi sekarang LNG telah meletakkan Bintulu di peta antarabangsa — sebagai pengeluar gas cecair asli terbesar di dunia sekaligus menonjolkan nama Malaysia.

Memanglah tidak boleh membandingkan dengan situasi ‘boom’ di Nagasaki dan Hiroshima selaku bandaraya moden Jepun, yang sebelum ekonominya bangkit daripada kemusnahan bom atom pada Perang Dunia Kedua.

Persisir pantai Mukah yang indah dibangun sebagai pusat peranginan.

Biarlah kita bersikap dan berfikiran realistik dengan keadaan cara berfikir penduduk di kawasan pedalaman terutama yang sudah lama ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan dan kemudahaan infrastruktur untuk ke bandar sekurang-kurangnya.

Apa yang nyata Sarawak memang kaya dengan sumber perut bumi. Pendek kata pendapatan utama Sarawak adalah berekonomikan minyak dan gas cecair.

Dan sekarang di kawasan SCORE terdapat kilang aluminium, kilang arang batu dan pembekal tenaga kuasa elektrik.

Pusat peranginan didirikan dikawasan tepi pantai Mukah yang indah.

‘Kenyaringan boom’ akibat ledakan SCORE tidak seharusnya menghadirkan rasa takut, sebalik mencetuskan suatu kebangitan setiap perbumi lain juga, dengan mencontohi masyarakat Cina sebagai contoh, yang berlumba-lumba merebut peluang di depan mata.