PRO naik martabat kampung

Posted on September 27, 2011

0


David Beckham adalah simbol "metroseksual" paling popular di peringkat antarabanngsa

Alkisah seorang belia lelaki telah dilantik secara sebulat suara oleh jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sebuah kampung, sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

Perlantikan itu berikutan alternatifnya membawa beberapa ahli KRT dari kampung lain untuk bertemu dengan jawatankuasa kampung (JKKK) berkenaan, sebagai memperkenal NGO itu kepada mereka.

Dipendekkan cerita, selepas mendapat persetujuan dari JKKK terbabit maka tertubuhlah empat buah KRT di dua kampung terbabit, beberapa bulan kemudian.

Sejak itulah diwarwar agar belia tadi (yang dari awal enggan terlibat secara langsung  dalam KRT atas alasan terlalu sibuk dengan kerja sendiri) dilantik sebagai PRO.

Nampak pelik! Setakat yang saya tahu memang tiada PRO wujud dalam KRT apatah lagi di kampung, melainkan dalam jabatan dan dunia korporat di bandar-bandar besar.

Kenapa pula topik sebegini timbul dalam blog kali ini?

Sebab saya ingin menekankan betapa pentingnya ‘orang tengah’ sebagai penghubung kepada suatu aspirasi. Dan asas kepada aspirasi ini ialah KOMUNIKASI. Dengan adanya komunikasi maka MESEJ dapat disampaikan kepada golongan sasar.

Kalau tidak, masakan tiga pihak iaitu JKKK, jawatankuasa KRT, penduduk kampung dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional boleh saling berhubung dan bekerjasama dari masa ke masa sehingga sesuatu matlamat tercapai.

Dalam dunia korporat umpamanya, selain imej PRO, elemen penting dalam dirinya ialah komunikasi berkesan.

Tumpuan diberi terhadap kemahiran komunikasi (journalistic skill). Mereka terlibat secara langsung dalam menyediakan newsletter, kenyataan akhbar dan berurusan dengan pihak media.

Dalam pada itu Wikipedia mentakrifkan komunikasi sebagai satu proses perpindahan, maklumat, perasaan, idea, dan fikiran  seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.

Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua: iaitu perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman.

Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan.

Di bawah sub topik Bentuk Dan Komponen Komunikasi Manusia menyebut; manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapan, bahasa isnyarat, peulisan, sikap dan dan broadcasting.

Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.

Orang kampung pula tertanya-tanya apakah peranan PRO dalam KRT?

Mudah sahaja, kalau dalam konteks kampung biarlah peranannya sebagai penggerak kepada perhubungan antara dua atau lebih pihak terbabit agar bergerak secara proaktif.

Bagi mengelak salah faham, PRO bukanlah bertujuan untuk menyelesai masalah apatah lagi membuat keputusan.

Tugasnya lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program serta menyempurnakan skop kerja yang diamanahkan.

Sehubungan itu saya ingin memetik kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf suatu masa dulu berhubung karetor dan karima seseorang PRO dalam melakukan tugas mereka.

Kata Kamaruddin, PRO perlu mempunyai daya kreativiti, tangkas dan cekap dalam melakukan tugasan bagi meningkatkan imej jabatan ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata daya kreativiti penting bukan sahaja untuk meningkatkan imej jabatan tetapi bagi memperbaiki kelemahan rangkaian kerjasama antara jabatan di bawah kementerian serta 27 kementerian lain.

“Jika mereka tidak mempunyai daya kreativiti dalam melakukan tugas maka setiap hari mereka hanya akan membuat tugas yang sama dan ini bukan sahaja melemahkan sistem penyampaian setiap jabatan tetapi mereka juga tidak akan seronok dengan tugas mereka,” katanya.

Berbalik kepada PRO belia tadi, dia dalam keadaan serba salah untuk menerima saranan jawatankuasa. Namun setelah difikir dia menerima dengan rasa rendah hati sebagai menyahut cabaran membantu memertabatkan kampung sendiri.

Lagi pun secara kebetulan dia mengambil jurusan komunikasi dan terdedah dengan pengalaman kerjaya dalam bidang yang berhubung kait dengan PRO selama 10 tahun bekerja di bandar.

Jadi secara peribadi ia bukan suatu yang baru kepadanya. Jauh di sudut hatinya ingin melihat penduduk sama maju dengan warga di kota yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Apa boleh buat kalau penduduk sendiri tidak mahu ke depan.

Sebagai perbandingan sebuah KRT yang sebulan lebih awal ditubuh daripada KRT tadi seolah-olah masih tidur dan malas bangkit.

Puncanya ialah rangkaian kerjasama antara jawatankuasa mempunyai kelemahan. Kelemahan asas ialah terputus komunikasi (communication break down).

Selain itu jawatankuasa dimaksudkan seperti masih tebal dengan sikap rendah diri yang menjadi kenkangan untuk berhubung dan menjalankan sekurang-kurang mesyuarat dan perjumpaan.

David Beckham adalah simbol "metroseksual" paling popular di peringkat antarabanngsa

Kita tidaklah perlu PRO secantik Lyiana Jasmay (perempuan) atau setampan David Beckham (lelaki) untuk muncul dalam masyarakat, barulah kampung itu boleh berkembang sebagai sebuah penempatan berdaya maju.

Jauh lebih penting ialah tidak mengira siapa dia ‘PRO’ asalkan mempunyai ciri-ciri disebut di atas tadi.

Sesudah peringkat dapat dilaksankan dengan jaya, pelbagai lagi rancangan lain yang boleh diilhamkan melalui pelbagai cara seterusnya menaik martabat kampung.

Posted in: Pembangunan, Sarawak