IBS – sistem binaan berpotensi di Sarawak

Posted on November 28, 2011

0


Blok IBS menggunakan ‘gam’ lebih cepat

Kerajaan Persekutuan merekodkan kira-kira RM9 bilion telah dihantar oleh pekerja asing di Malaysia, pulang ke negara masing-masing dalam tempoh enam bulan pertama 2010.

Adalah dianggarkan RM18.1 bilion akan dikirimkan oleh para pekerja asing ke negara asas mereka menjelang 2011.

Kampit simen

Sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta orang dan secara purata, setiap orang telah menghantar pulang sebanyak RM700 sebulan.

Setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing di negara ini akan menyumbang kepada peningkatan pertambahan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 0.19 peratus.

Pelbagai langkah diusahakan oleh kerajaan bagi mengurangkan pekerja asing di negara kita, antaranya ialah memperkenalkan sistem berindustri atau Industrialised Building System (IBS) dalam sektor pembinaan.

Pengimbang sepanjang kira-kira empat kaki, biasa digunakan di jendela dan pintu

Kerajaan telah mewajipkan penggunaan 70 peratus kandungan IBS.

IBS merupakan kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan dalam keadaan terkawal di kilang atau di tapak binaan.

Ciri-ciri lain IBS ialah komponen seperti konkrit diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan menggunakan jumlah pekerja yang minimum.

Blok IBS mudah digergaji dalam masa singkat

Selain sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang (precast), Sistem acuan keluli (steel formwork), Sistem kerangka keluli (steel framing), Sistem kerangka kayu (timber framing) dan Sistem blok pratuang (blockwork).

Melalui sistem berkenaan maka penggantungan kepada tenaga kerja asing dapat dikurangkan.

Blok IBS lebih besar daripada bata konvensional

Pada masa sama, berlaku peningkatan kualiti, produktiviti, keselamatan dan daya saing dalam industri pembinaan, sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi baru-industri komponen IBS melalui sistem pembinaan terbuka.

Presiden Gabungan Pembekal Dan Pengedar IBS (GPIBS), Adenan Bin Bukra berkata, di Semenanjung Malaysia, IBS telah berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, IBS di Sarawak (selain di Sabah) masih lagi di peringkat permulaan tahun ini dengan jumlah pengeluaran komponen blok yang terhad diusahakan dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

“Tidak seperti di Semenanjung Malaysia, mereka banyak kilang IKS dan kilang besar dan mereka boleh mengeluar sebanyak mungkin berasaskan permintaan semasa.

“Tetapi di sebelah kita sini, ia masih baru dengan hanya tiga buah pengeluar sahaja setakat ini dengan jumlah pengeluaran yang sangat terhad,” katanya berucap di majlis penutupan Kursus Kemahiran Installer IBS Kluster Sistem Blok Pratuang dan Kursus Asas Pemasangan Sistem Kekuda Keluli Cold Formed.

Para peserta Kursus Kemahiran Installer IBS Kluster Sistem Blok Pratuang

Menurut Adenan, projek SCORE memberi ruang dan peluang yang boleh direbut oleh installer IBS di kalangan kontraktor, terutama pemegang lesen kelas D, E dan F dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Pemegang lesen kelas A, B dan C sudah banyak terdedah dengan IBS sebab mereka banyak menghantar wakil termasuk pengurus, jurubina dan jurutera masing-masing ke seminar-seminar berkaitan,” ujarnya.

Kumpulan sasar untuk IBS ialah kedai hardware, pengeluar produk IBS dan konvensional, pengeluar pro dan lekapan binaan, pemaju, kontraktor binaan, pekerja mahir binaan dan mekanikal, pekerja syarikat pemaju, pelatih binaan dan mekanikal.

Keluli Cold Formed mudah dihasilkan dengan banyak pada bila-bila masa

Dengan sasaran 120 produk IBS, 196 usahawan hardware binaan, 3,960 kontraktor installer, 11,520 installer, 4 pembekal/penyewa mesin dan jentera dan perunding binaan yang melaksanakan design dan dokumen menjurus kepada pelaksanaan IBS.

Pendekatan dan rantaian nilai jentera ialah IBS manufacturer, IBS Accessories, Hardware Distributor, Hardware Dealers, Small Contractor dan akhir sekali ialah Installers.

Untuk memahami salah satu skop IBS saya jelaskan seperti berikut: konkrit ringan adalah satu bahan binaan yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada batu-bata bagi membina dinding bangunan atau tembok.

Blok konkrit ringan juga dikenali sebagai AAC (Autoclave Aerated Concrete) ataupun ALC (Autoclave Lightweight Conrete) – ia dibuat daripada simen, pasir dan kapur di mana kemudiannya dicampurkan dengan agen pembuih.

Ini membuatkan blok konkrit ini mengandungi gelembung-gelembung udara yang halus apabila ia mengeras.

Salah satu ciri utama blok konkrit ini ialah ia mempunyai ketumpatan yang rendah dan lebih ringan daripada blok konkrit biasa(lebih kurang 1/5 berat konkrit biasa.

Blok IBS menggunakan ‘gam’ lebih cepat

Ciri-ciri ini membolehkan blok konkrit ringan ini mudah dipotong, di-drill dan dibentuk, selain mempunyai ciri-ciri penebat haba dan bunyi yang baik.

Blok konkrit ringan ini mempunyai berbagai saiz. Saiz yang biasa terdapat di pasaran pada masa kini adalah Blok Konkrit Ringan (ALC/AAC) – panjang 600mm (24″); tinggi 200mm dan 300mm (8″ dan 12″); dan tebal 50mm dan 75mm (2″ dan 3″).