Hala tuju industri keli

Posted on November 28, 2011

2


_MG_3977

Seorang usahawan ikan keli di Semenanjung Malaysia berstatus jutawan hasil usaha sendiri mungkin boleh dijadikan iktibar kepada kita yang berminat menceburi perusahaan tersebut di Sarawak.

Beliau terbabit dengan tiga kegiatan asas industri keli iaitu menjual benih ikan keli, menjual ikan keli dan menjual pekasam ikan keli. Benih keli dijual dengan harga RM0.20 seekor. Sementara jualan seekor ikan keli ialah RM1.00 dan pekasam ialah RM5.00.

Sebanyak RM1 juta hasil pungutan menerusi 5 juta benih ikan.  Sementara RM1 juta melalui jualan ikan keli (jual kepada sejuta orang). Dan RM1 juta lagi adalah hasil jualan pekasam keli (jual 200,000 paket).

Mengenalpasti jantina ikan keli

 

Secara teori, industri ini tampak mudah mendatangkan hasil yang lumayan. Tetapi penjanaan industri keli di Sarawak masih samar. Umpamanya di bahagian Mukah, isu pemasaran menjadi kekangan utama.

Pelbagai persoalan timbul; antara paling biasa ialah para penternak merungut tentang tiadanya jualan dan pasaran haiwan berdarah sejuk kategori Famili Clariidae itu di negeri ini.

Mungkin sebab itu sehingga kini belum ada individu atau syarikat yang mencebur diri dalam peringkat pemasaran.  Inilah persoalan belum terjawab.

Mengikut kajian pihak Jabatan Pertanian, masalah pada masa sekarang ialah ketidakseimbangan dalam rantaian industri ikan keli ini yang juga pelbagai nama di negara lain.

Hampir 99 peratus berada di peringkat pengeluaran dan 1 peratus sahaja dalam kelompok pemasaran.

 

Padahal pengguna hanya akan wujud jika produk berada di pasaran.

Antara cabaran industri ikan keli ialah pengeluaran yang masih rendah, persaingan dengan ikan-ikan lain yang lebih murah dan  citarasa pengguna yang masih rendah berbanding Semenanjung.

Dari sudut itu, jelas populasi penduduk yang masih rendah dan kurang maklumat tentang pasaran dan sebab itu ia perlu kajian terperinci dalam aspek pemasaran.

Masak kari keli menjadi kegemaran ramai

Contoh peluang pemasaran ialah pelajar Politeknik Mukah mencecah 3,000 orang pelajar, 10 peratus pelajar memilih ikan keli sebagai makanan mingguan bersamaan dengan 300 orang.

Pengambilan ikan keli 1 kg seminggu/orang. Jumlah keperluan 1kg x 300 orang =300 kg seminggu. Bayangkan kalau 30 peratus pelajar, keperluan mencecah sudah tentu meningkat kepada 900 kg seminggu.

Lagi pula had pemasaran sedia ada terbahagi kepada tiga iaitu pertama pasaran tempatan di pekan Mukah, Dalat dan Daro. Kedua pasaran eksport ke Dubai, China dan Eropah. Dan ketiga pasaran luar daerah Mukah terutama Selangau, Sibu dan Bintulu.

Tangki ini menyimpan air bersih untuk disalur ke kawasan ternakan kanvas

Jauh dari itu, pasaran boleh dicipta dengan inisiatif sendiri. Melainkan mereka belum meneroka ruang luas pasaran, padahal pasaran sentiasa ada selagi ada pengguna.

Pasaran dicari bukan datang sendiri.

Apatah lagi pembekalan makanan ke sekolah kini mewajipkan penggunaan ikan air tawar seperti ikan keli sama ada jenis batrachus (keli kayu), marcrocephalus (keli bunga), gariepinus (keli afrika).

Relevannya di sini, bahagian Mukah sebagai nadi wilayah SCORE, penduduk bertambah ramai. Hub Halal Tanjung Manis, baru-baru ini sudah wujud kilang pemprosesan ikan keli.

Jadi bagaimana peluang dalam industri ikan keli?

Kalau masih kurang yakin, pada musim cuti sekolah ini kunjungilah sebuah pusat perusahaan memelihara ikan keli dalam kanvas milik usahawan tempatan.

Pengurus pusat tersebut, Awang Adeni Awang Undol berkata ikan-ikan peliharaan di situ kebanyakan bagi menampung keperluan kilang keropok yang terletak tidak jauh dari situ.

 

Secara purata terdapat 1,000 ekor ikan dimuatkan ke dalam satu kanvas. Berat bagi seseekor ikan ialah sekitar 700 gram ke 1 kilogram. Ikan-ikan ini adalah untuk dibekalkan ke kilang memproses keropok.

Terdapat 400 kanvas berisi ikan keli di situ, sebelum ditambah sehingga 1,000 kanvas di tapak baru bersebelahan.