Almari Pengering Pakaian Automatik

Posted on December 16, 2011

2


Norsharvina(bertudung) menjelaskan kepada pengunjung mengenai almari ciptaan bersamaan rakan-rakanya. Sistem kawalan di bahagian atas almari. Pemanasan dari bawah ke atas.

Pernahkah anda terfikir untuk mengeringkan pakaian yang basah tanpa menjemurnya di bawah sinar matahari?

Jika belum, maka anda perlu mengetahui ciptaan sekumpulan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah yang membangunkan sebuah Almari Pengering Pakaian Automatik yang mudah dan cepat.

Norsharvina menjelaskan kepada pengunjung mengenai almari pengering automatik

Mereka cuba membangunkan cara jemuran pakaian yang baru, dengan harapan jika tidak disidai di luar, pakaian pasti terlindung daripada pencemaran udara seperti kotoran asap kenderaan, debu, pasir dan sinar ultraungu yang berlebihan.

Selain itu penginovasian almari sedemikian sebagai suatu projek yang dapat menyelesaikan masalah pakaian tidak kering, pencemaran alam, ruang ampaian yang tidak mencukupi dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Norsharvina Bt Mohd Misyam, salah seorang daripada enam pelajar terbabit berkata, unsur yang mempengaruhi proses pengeringan ialah kesan pemanasan (yang dikeluarkan oleh pengawal kepanasan) dan aliran udara (yang diberikan oleh blower).

Pemanasan dari bahagian bawah ke atas almari pengering automatik

Pembangunan perisian mikropengawal iaitu termostat sebagai radas pilihan suhu yang berjulat dari 30  sehingga 110  dan micrometer timer switch sebagai radas penetapan masa yang bertindak untuk mengawal operasi sistem ini secara automatik berupaya untuk memenuhi kehendak masyarakat kita yang memerlukan produk baru untuk memudahkan mereka menjalani rutin harian mereka.

“Konsep kerja yang kami gunakan adalah bekalan kuasa 240V AC yang dibekalkan akan menghidupkan blower dan heater.

Blower dan heater beroperasi mengikut masa yang ditetapkan pada timer dan suhu yang ditetapkan pada heater.

“Apabila masa tesebut dicapai, litar terbuka terhasil dan bekalan arus elektrik akan terputus dan heater dan blower akan tutup secara automatik.

“Elemen pemanas akan melakukan kerja-kerja pemanasan apabila bekalan kuasa dibekalkan,” katanya.

Demikianlah ciptaan enam pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal sebagai projek yang merupakan idea bersama Jefferson Kong Kha Sheng, Daniel Langat, Mohd Iskandar Bin Mohd Zunaidi, Jacob Ivan Lim serta seorang penyelia iaitu En Muhd Anas Bin Muhd Sayuti.Menurut mereka, projek almari itu mampu disiapkan dalam masa 18 hari mengandungi enam lapisan termasuk aluminium di bahagian dalam serta polystyrene dan plywood di bahagian tengah.“Berdasarkan projek akhir yang kami jalankan, kami dapat mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang telah kami pelajari sepanjang menyiapkan projek ini.Sistem kawalan di bahagian atas almari pengering automatik

“Kami juga dapat menimba pengalaman dalam membuat almari pengering pakaian, mendisiplinkan diri untuk menyiapkan kerja – kerja fabrikasi dan kertas kerja. Projek yang kami bangunkan ini telah pun mencapai objektif  dan mengatasi masalah yang dihadapi pengguna.

Bagaimanapun mereka mengakui masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diatasi terutama berhubung kait dengan keselamatan pengguna kerana ia dijana oleh tenaga elektrik.

Sebuah syarikat swasta tempatan di Mukah telah menyatakan minat untuk berkerjasama dari segi mempromosi di premis mereka secara percuma dengan mempamerkan produk tersebut di tempat strategik di tengah bandar Mukah.

 

Posted in: Budaya, Sarawak