Bengkel memproses mi kuning di Mukah

Posted on December 16, 2011

0


BlogFBfusion

Mi Kuning merupakan antara bahan diminati ramai untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan mi, terutama mi goreng dan mi sup.

Namun jangan lupa mi kuning pernah menjadi isu hangat di Pulau Pinang berikutan penggunaan asid borik di dalamnya – boleh membahayakan kesihatan pemakan.

Mi kuning

Sebab itulah Persatuan Pengguna di negeri tersebut telah menggesa agar penggunaan asid borik dalam penyediaan mi kuning diharamkan, malah asid borik sudah pun diklasifikasikan sebagai racun terjadual.

Maka tidak salah untuk menyedarkan masyarakat terutama di kalangan usahawan dan pengguna menerusi pelbagai pendekatan.

Salah satu yang paling popular masa kini ialah memberi kesedaran kepada masyarakat agar menghasilkan mi yang sihat berasaskan bahan semulajadi seperti jus delima.

Jus delima dihasilkan daripada buah delima adalah pengawet alternatif yang lebih sihat berbanding asid borik.

Sebuah syarikat pengedar produk Pomepure terkemuka di rantau Asia kini giat mempromosi produk berasal dari Turki tersebut untuk digunapakai masyarakat Asia.

Gemilang International Holdings (M) Sdn Bhd mula melakukan jelajah secara berterusan di rantau ini termasuk Malaysia, Indonesia, China dan terbaru Jepun.

Rombongan tersebut turut menjelahah ke Sarawak, di mana mereka telah mengadakan Bengkel Memproses Mi Kuning Sihat Delima Pomepure secara percuma kepada penduduk setempat.

Di Mukah, kumpulan lebih sepuluh orang diketuai oleh pengerusi syarikat tersebut, Encik Muhd Zuri turun padang untuk menyaksikan sambutan terhadap program itu di bahagian ini.

Program yang diadakan di rumah stokis

Pelancaran program telah dijayakan di Dewan Suarah Mukah pada 30 November membabitkan lebih 100 peserta.

Sementara kegiatan sama turut diadakan di Balai Pusat Giat, Kampung Tellian Tengah juga membabitkan 100 penyertaan pada pagi 1 Disember.

Penganjur bengkel Haji Abdullah Abas, yang juga Pengurus Stokis Borneo Gemilang berkata, matlamat utama program ialah bagi memberi peluang kepada penduduk setempat khasnya golongan wanita membuat mi kuning menggunakan produk sihat dalam penyediaan makanan.

“Ia juga bertujuan memberi peluang perniagaan kepada suri rumah dan usahawan baru yang terlibat dalam industri penghasilan makanan bermutu dan sihat Pompure.

Cikgu Kiman memasak mi kuning

Program tersebut yang mendapat kerjasama pihak Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Mukah, KEMAS Mukah, Persatuan Ibu Tunggal Sarawak Cawangan Mukah dan Kawasan Rukun Tetangga Tellian Tengah kebanyakan membabit golongan wanita.

Sebelum ini syarikat tersebut pernah menganjurkan kursus masakan berasaskan jus delima bagi penyediaan juadah yang sihat di Samarahan, Kuching, Sibu selain Sabah, Semenanjung Malaysia khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Cikgu Kiman (baju putih) sentiasa menjadi tumpuan peserta

Di Bumi Kenyalang pula aktiviti masakan yang dikendalikan oleh cef terkemuka, Cikgu Sukiman Paiman, juga penyelia pemasaran dan jualan syarikat tersebut telah menarik minat ramai dengan gelagat dan pendekatan mesra masyarakat.

Selain itu sebagai tanda penghargaan atas sokongan serta permintaan ramai, Kiman turut secara sukarela mengadakan kelas memasak nasi Bukhari dan roti canai menggunakan jus delima di rumah pengedar Pomepure di Kampung Tellian Tengah pada sebelah petang 1 Disember.

Bengkel memproses mi kuning tersebut membabitkan kebanyakan kampung di sekitar Daerah Mukah akan diteruskan dengan pelbagai jenis masakan pada bulan-bulan akan datang, juga bakal dikendalikan oleh Sukiman.

Peminat Cikgu Kiman bergambar bersama sebagai kenangan

 

Dalam pada itu, bengkel seumpamanya akan turut diadakan di Daerah Dalat membabitkan tempat Pekan Sabtu Oya dan Kampung GDW Senau Homestay selaku tuan rumah, dijangka diadakan tahun depan.

Posted in: Ekonomi, Sarawak