Khasiat delima dapat tempat di hati pengguna

Posted on January 15, 2012

0


Tidak ramai masyarakat di Sarawak mengenali buah delima yang lebih dikenali sebagai buah dari syurga di kalangan masyarakat sejagat, sehingglah beberapa syarikat pengedar produk berasaskan buah tersebut bertapak kukuh di negara ini dua tahun lalu.

Buah delima

Di Bumi Kenyalang pula, ia menjadi perbualan hangat setahun kebelakangan ini termasuk penduduk luar bandar seperti Betong dan Mukah berikutan permasaran secara meluas khususnya menerusi jualan langsung(MLM).

Umpamanya produk Pomepure berasaskan buah delima, promosi oleh sebuah syarikat swasta berpangkalan di Semenanjung Malaysia cuba menanamkan penggunaan bahan penyediaan juadah harian menggunakan bahan bebas bahan kimia.

Mi kuning yang dihasilkan menggunan Real Fruit Fusion

Gemilang Internasional Holding(M) Sdn Bhd adalah pengedar Pomepure di rantau Asia, dan semakin dikenali ramai menerusi bengkel mi kuning, menggunakan Real Fruit Fusion sebagai alternatif kepada asid borik.

Serentak itu juga Jus Delima Pomepure, Kopi Delima Pomepure dan Jus Organik mula popular menerusi rangkaian ahli yang bertambah ramai saban hari.

Laman sesawang http://www.pomepureasia.com memudahkan lagi kerja promosi di mana pelbagai maklumat dipaparkan termasuklah kelebihan jus delima dan testimoni.

Biji delima

“Saya tidak pernah melihat buah delima sebelum ini. Apabila pertama kali memakan biji buah ini rasanya manis dan masam. Bijinya sungguh unik berwarna kilat pudar kemerahan seperti permata digilap.

“Bijinya kelihatan macam keras tapi apabila dikunyah ia juicy (berjus),” kata seorang peserta bengkel mi kuning yang diberi kesempatan merasa buah tersebut di Kuching Disember lalu.

Bengkel sehari seumpama itu disertai orang ramai secara percuma adalah strategi paling berkesan mempengaruhi prospek kerana masakan lain seperti nasi Bukhari, nasi Briyani, nasi Berlapis dan roti canai, banyak dijalankan di seluruh negara ini.

Sejak itu juga ramai tercari-cari buah delima. Di Kuching sebiji buah delima berharga RM5.00, sementara di Kuala Lumpur ia dijual dengan harga RM7.00. Buah yang terdapat di pasaran diimport dari China.

Menerusi promosi dan program masakan oleh chef terkemuka, banyak orang telah mengetahui latar belakang sejarah buah delima dan khasiatnya – ‘buah dari syurga’.

Dipercayai dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Nama perkebunan delima ialah ‘Punica granatum’ diambil dari bahasa Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas.

Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun.

Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan.

Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus.

Biji delima yang kering pula digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Tagged: ,
Posted in: Sarawak