Di situ ada gula…

Posted on February 27, 2012

0


Gula

Siapakah pihak paling kuat menerima kesan apabila ekonomi dunia merudum secara tiba-tiba pada tahun 1997?

Dan siapa pula merasa tertekan jika harga barang-barang keperluan harian naik mendadak di pasaran tempatan kita?

Jawapan yang ada dalam minda anda itu mungkin tidak sama dengan orang lain, namun masing-masing mempunyai jawapan tidaklah jauh berbeza.

Yang pasti krisis tersebut membabitkan dua pihak berlainan status, iaitu golongan elit atasan dan rakyat kebanyakan yang merangkumi lebih 90% penduduk negara.

Oleh itu bagi topik pertama sudah terang lagi bersuluh; orang kelas elit yang memiliki syarikat perniagaan bertaraf antarabangsa dengan skala urus niaga membabitkan berbillion yang sangat terasa kesannya.

Manakala isu kedua yang dimaksudkan membabitkan golongan miskin dan sederhana terutama mereka yang berpendapatan di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00.

Barangan paling asas iaitu gula…sebab gula ada asas kepada kebanyakan produk lain makanan harian manusia.

Cerita sebegini boleh dianggap sebagai sudah basi, namun ia tetap ‘segar’ kerana ia sangat rapat dengan keperluan rakyat jelata berpendapatan rendah.

Kerajaan baru-baru lalu mengumumkan harga gula kekal RM2.30. Dalam tempoh tiga tahun ia naik sebanyak 55 sen sahaja.

Seingat saya, dalam tempoh tersebut kenaikan gula berlaku sebanyak enam kali secara berperingkat pada kadar 5 sen sekali kenaikan.

Peningkatan 5 sen bunyinya tidak banyak, tetapi berikutan penggunaan seisi rumah adalah kerap ia menimbulkan kesan terhadap pengguna.

Menurut seorang pengusaha kedai runcit di sebuah perumahan kawasan penduduk berpendapatan rendah, gula adalah suatu isu paling sensitif dibandingkan dengan beras, telur dan tepung.

Sebilangan penduduk di sana menggunakan pelbagai kaedah semata-mata untuk mendapatkan gula untuk disimpan sebagai stok.

Keadaan bertambah teruk apabila khabar angin mengatakan bekalan gula akan terputus, mulalah sesetengah orang panik.

Desas-desus itu bertiup dengan pantas dari mulut ke mulut para penduduk yang berjumlah kira-kira 5,000 orang.

Kepantasan itu kemudian menyebabkan banyak keluarga menghantar ahli keluarga datang ke kedai secara bergilir…ke premis yang menghadkan pembelian gula kepada dua kilo sekeluarga.

Penghadan jualan gula pada mulanya menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap pemilik perusahaan, termasuk dituduh menyorok gula.

Itulah antara senario kecil yang dapat diberi gambaran berhubung isu kenaikan harga gula membabitkan golongan berpendapatan rendah.

“Gula memang penting untuk menarik pelanggan ke sesebuah perusahaan peruncitan, bak kata pepatah di mana ada gula di situlah banyak semut.

“Tetapi apabila bekalan terputus kami pengusaha yang akan menjadi tertekan kerana keadaan tidak dapat dikawal.

“Pelanggan datang berduyun-duyun dan gula yang dibekalkan kepada kami sangat sedikit iaitu 300 kampit sahaja berbanding permintaan yang sangat tinggi setiap hari.

“Masalahnya setiap kali kehabisan gula di premis kami, orang akan kata kami menyorok gula pula. Apa pun kami sudah lali berdepan situasi sebegini,” ujar pengusaha kedai runcit tersebut.

Menurut beliau berasa serba salah maka kini dia membiarkan perkara itu berlaku kerana margin untung gula hanyalah 5 sen sekilogram.

Sebagai rekod, Malaysia terpaksa mengimport hampir 100 peratus keperluan gulanya berbanding dengan 98 peratus sebelum ini berikutan, Chuping di Perlis dulu ditanam dengan tebu kini diganti dengan tanaman kelapa sawit dan getah.

Di sebalik isu kenaikan gula, pelbagai andaian timbul. Antara yang paling biasa ialah penyeludupan ke negara jiran Indonesia berikutan tawaran harga di sana jauh lebih tinggi.

Kononnya, berikutan itu pengusaha lebih cenderung menjual serta memasar gula ke sana secara haram.

Sejauh mana benar cerita seperti ini hanya mereka terbabit dengan kegiatan penyeludupan tahu hal seperti ini.

Secara kebetulan pula ada dakwaan mengatakan sebanyak 50% daripada keupayaan kapasiti bekalan bahan makanan penting itu ke luar negara.

Pernah media massa di negara ini melaporkan kapasiti pengeluaran gula negara sebanyak 1.2 juta metrik tan berbanding 925,000 metrik tan beberapa tahun sebelumnya.

Saya tidak berani memberi sebarang komen mengenai perkara ini, sebaliknya memberi sedikit informasi bahawa jumlah pengambilan gula oleh rakyat Malaysia.

Satu Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002 / 2003  (Kementerian Kesihatan Malaysia) adalah seperti berikut:
Gula pasir : 21 gram ( 4 sudu teh)
Susu pekat manis : 30 gram (kandungan gula bersamaan 3 sudu teh)
Jumlah : 7 sudu teh, tidak termasuk gula tersembunyi dalam makanan

ii. Saranan World Health Organization (WHO) – pengambilan gula tidak melebihi 10 sudu teh sehari termasuk gula tersembunyi dalam makanan.

iii. Borang Imbangan Makanan bagi Malaysia menunjukkan peningkatan penggunaan gula per kapita di dalam Malaysia daripada 86 gram sehari pada tahun 1985 kepada 104 gram sehari pada tahun 2002. (Sumber: Food and Agriculture Organization of the United Nations, 2008).

iv. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), penggunaan sebenar gula oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 27 sudu teh sehari.

v. Statistik pesakit kencing manis (Diabetes Mellitus)
Jumlah Pesakit
Diebetes Mellitus                2003       2004       2005      2006      2007
Kemasukan ke hospital          35,806    39,760     41,736   41,873    42,763
Kes Kematian                                 346           402            361         409           439
Sumber : Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

vi. Statistik Prevalen Diabetes Mellitus (Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan – NHMS II, 1996 dan NHMS III, 2006) * Kajian setiap 10 tahun.
JENIS PENYAKIT                    NHMS II (1996)     NHMS III (2006)
Diabetes Mellitus                                     8.3 %                             14.9 %
Berlebihan berat badan                      16.6 %                            29.0 %
Obesiti                                                          4.4 %                            14.0 %

vii. Prevalen pesakit Diabetes di seluruh dunia
Negara                             2000             2030 (anggaran)
Malaysia                         942,000              2,479,000
Indonesia                   8,426,000            21,257,000
Singapura                     328,000                  695,000
Thailand                      1,536,000              2,739,000
Filipina                        2,770,000             7,798,000
India                            31,705,000           79,441,000
China                          20,757,000            42,321,000
Amerika Syarikat   17,702,000           30,312,000
United Kingdom       1,765,000              2,668,000
Sumber : World Health Organization (WHO)

viii. Prevalen terhadap individu dengan berat badan berlebihan dan obesiti di Asia Tenggara bagi kumpulan umur 15 tahun ke atas
mengikut kajikan ini peratusan penduduk lelaki Malaysia berdepan risiko berat badan ialah 22.7% berbanding, 37.2% bagi penduduk wanita Malaysia.

ix. Gula juga dikaitkan dengan lebih 60 jenis penyakit kritikal antaranya penyakit jantung, barah, sakit buah pinggang, osteoporosis dan lain-lain (Sumber: Gula Memudaratkan Kesihatan, CAP, 2009).

Kesedaran terhadap bahayanya gula dalam badan biasanya apabila seseorang itu sudah di peringkat usia emas menghidap kencing manis umpamanya.

Posted in: Ekonomi, Sarawak