Usahawan Bumiputera Mesti Serius

Posted on April 16, 2012

0


Usahawan Pompure_4

Golongan wanita khususnya di kalangan usahanita perlu mempunyai pandangan positif terhadap perniagaan diceburi sebagai suatu kerjaya sepenuh masa, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, YB Datuk Fatimah Abdullah.

Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, Fatimah berkata mereka mesti mempunyai daya kreativiti dan inovatif dari segi pemasaran strategik selain mempunyai pengkongsian pintar dalam perusahaan terbabit.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kelas Demo Mi Sihat Delima Pomepure Zon Dalat di Pekan Sabtu Oya, pada 10 Mac lalu, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MZ Group Of Companies, Mohd Zuri Ismail.

Sehubungan itu, Fatimah turut mengalu-alukan aktiviti sedemikian pada masa akan datang di negeri ini, dalam usaha membimbing penduduk setempat menghasilkan mi sihat dan halal.

YB Fatimah mendapat penjelasan daripada Zuri mengenai Jus Delima Fusion, sebagai bahan pengawet mi lebih sihat

“Dengan sambutan menggalakkan daripada para peserta, kita bersedia memberi peruntukan kepada pihak penganjur untuk mengadakan program sebegini pada masa akan datang,” katanya sambil memuji usaha sama pihak penganjur dengan tuan rumah PSO dan Pergerakan Wanita PBB Dalat yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.

YB Fatimah turut memberi 'Jus Fusion' kepada para peserta kelas demo mi sihat delima Pomepure

Sebuah keluarga Melanau di Mukah baru-baru ini mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membuka stokis produk kesihatan berjenama global dari Eropah, Pomepure, di sebuah premis di pusat bandar baru Mukah.

Stokis Pusat bagi bahagian tengah Sarawak tersebut dinamakan sebagai PHGT bersempena nama syarikat mereka iaitu Pomepure Healthcare Group Trading.

Perasmian PHGT sebagai Stokis Daerah Mukah sekaligus pengedar utama di bahagian tengah Bumi Kenyalang, telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zuri pada malam tersebut.

Pomepure setakat ini dengan empat produk utamanya di negara ini dihasilkan daripada jus buah delima yang ditanam dan diproses di Turki (anggota OIC), dengan logo Halal negara Islam itu.

Chef Nic (kiri) dan Chef Azman memberi tunjuk ajar kepada dua peserta

Produk edaran GIHSB setakat ini ialah Jus Delima Pomepure 750ml, Jus Delima Fusion Pomepure 314ml, Jus Delima Organik Pomepure 314ml (65) dan Kopi Delima.

Beliau menjelaskan pada masa akan datang, GIHSB akan turut menjual barangan kosmetik dan minuman sedia diminum serta tablet berasaskan delima keluaran negara Eropah.

Menyentuh sejarah produk Pomepure Zuri berkata, pengedar utama Pomepure berpangkalan di United Kingdom bagi memenuhi pasaran runcit di Amerika Syarikat, Itali, Switzerland, Greece, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Sweden.

Katanya, asal produk tersebut diedar oleh sebuah syarikat terkemuka berpangkalan di United Kingdom pada 2005 dan hanya memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2010, hasil usaha Zuri selaku pelopor.

Pasaran Pomepure di Malaysia ‘meledak’ kerana ia turut dijual secara terus kepada pengguna terutama melalui jualan langsung menerusi lebih 7,000 ahli setakat ini.

Lebih menarik pendekatan GHISB dalam memasarkan produk Pomepure ialah dengan mengadakan kempen melalui program kelas demo mi Delima Pomepure di kampung-kampung khususnya.

Para peserta di Senau berkesempatan menikmati mi delima yang telah digoreng oleh chef

Matlamatnya ialah meningkatkan daya dan usaha berdikari serta sebagai sumber pendapatan para usahawan setempat di samping mendidik masyarakat khususnya suri rumah menghasilkan makanan sihat untuk hidangan setiap ahli keluarga.

Program itu kali pertama dibuat di Dewan Suarah Mesra Mukah pada 30 November tahun 2011, sebelum disusuli dengan di Kampung Tellian Ulu dan di premis Pomepure Healthcare Group Trading pada 1 Disember.

Kali kedua rombongan GIHSB datang ke bahagian ini untuk mengadakan program seumpamanya bagi zon Daerah Dalat pula iaitu masing-masing di Pekan Sabtu Oya pagi 10 Mac dan Dewan Kampung GDW Senau petang hari sama.

Sementara pada 11 Mac ia telah berlangsung di Balai Medong Hilir, Dalat.

Ketiga-tiga sesi tersebut disertai antara 80 ke 100 lebih orang, kebanyakan golongan wanita, termasuklah di kalangan ibu tunggal.