Browsing All Posts filed under »Ekonomi«

Kisah penjaja dan Pesta Kaul Mukah

April 30, 2012

0

Perniagaan secara kecil-kecilan di bawah kanopi memang sudah sinonim dengan jualan murah pelbagai jenis barangan yang boleh ditawar dengan harga lebih rendah daripada pihak penjaja. Antara barangan yang paling popular ialah produk kesihatan (makanan tambahan), pakaian dan kecantikan. Lazimnya, pembeli paling banyak produk terbabit ialah golongan wanita. Namun, timbulnya perasaan ‘menang membeli dan menang memakai’ […]

Kaul Mukah: Antara Ritual dan Komersial

April 20, 2012

0

Majlis perasmian Kaul Mukah 2012, dijadual dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 21 April ini, dijangka lebih meriah daripada kaul sebelumnya. Berbeza dengan dahulu, pesta yang bakal dianjurkan minggu ini bakal membabitkan dua program rasmi, iaitu perasmian dan penutupan, yang dijadual dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri seminggu kemudian. Beberapa […]

Usahawan Bumiputera Mesti Serius

April 16, 2012

0

Golongan wanita khususnya di kalangan usahanita perlu mempunyai pandangan positif terhadap perniagaan diceburi sebagai suatu kerjaya sepenuh masa, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, YB Datuk Fatimah Abdullah. Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, Fatimah berkata mereka mesti mempunyai daya kreativiti dan inovatif dari segi pemasaran strategik selain mempunyai pengkongsian pintar dalam perusahaan […]

Di situ ada gula…

February 27, 2012

0

Siapakah pihak paling kuat menerima kesan apabila ekonomi dunia merudum secara tiba-tiba pada tahun 1997? Dan siapa pula merasa tertekan jika harga barang-barang keperluan harian naik mendadak di pasaran tempatan kita? Jawapan yang ada dalam minda anda itu mungkin tidak sama dengan orang lain, namun masing-masing mempunyai jawapan tidaklah jauh berbeza. Yang pasti krisis tersebut […]

Kuih-muih basah laku setiap hari

February 3, 2012

0

Sarawak terkenal dengan pelbagai jenis kuih-muih basah dan kering seperti karipap, penyaram, donut, cangkir, apam balik dan lenggang, yang terdapat di setiap gerai berdekatan pasar tamu atau premis kedai kopi berhampiran market basah. Pada dasarnya dalam konteks di negeri ini, kebanyakan pengusaha produk tersebut terdiri daripada golongan Muslim terutama Melayu dan Melanau. Namun ia juga dibuat […]

Perniagaan runcit penyumbang besar ekonomi negara

January 20, 2012

3

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melancarkan serentak 250 buah Kedai 1Malaysia D’Mart yang terdapat di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara. D’Mart menjual produk 1Malaysia dengan harga yang ternyata lebih rendah dari produk berjenama yang dijual di kedai runcit biasa. “Dengan adanya kedai ini, rakyat Felda dapat berjimat sehingga 40 peratus […]

Pelabuhan Bintulu dan Tanjung Manis nadi SCORE

December 27, 2011

0

Pelabuhan, pengangkutan tepi laut dan sungai di Sarawak saling memerlukan untuk menjana ekonomi di negeri ini seperti Pelabuhan Kuching, Pelabuhan Rajang di Sibu, Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Tanjung Manis. Kedudukan Sarawak di pulau Borneo ditambah keadaan muka bumi Sarawak yang berbukit-bukau jauh di darat dan berpaya pula di pesisir menyebabkan pelabuhan memainkan peranan penting untuk […]