Browsing All posts tagged under »Fatimah Abdullah«

Usahawan Bumiputera Mesti Serius

April 16, 2012

0

Golongan wanita khususnya di kalangan usahanita perlu mempunyai pandangan positif terhadap perniagaan diceburi sebagai suatu kerjaya sepenuh masa, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, YB Datuk Fatimah Abdullah. Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, Fatimah berkata mereka mesti mempunyai daya kreativiti dan inovatif dari segi pemasaran strategik selain mempunyai pengkongsian pintar dalam perusahaan […]

Transformasi Kepengarangan Mendepani Perubahan

January 25, 2012

0

Perhimpunan Karyawan Sarawak 2012 berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada 22 hingga 23 Januari lalu. Program yang lebih menjurus kepada pertemuan para pengkarya dari seluruh Sarawak itu dihadiri kira-kira 100 penggiat berkaitan penulisan. Paling menarik pada program tersebut ialah ucaptama bertajuk ‘Transformasi Kepengarangan Mendepani Perubahan’ disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Md. Salleh Yaapar, […]

Hala tuju industri rumbia cerah

October 17, 2011

1

Harga rumbia, khususnya di kawasan daerah Dalat terus naik dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan. Kilang besar di Dalat membeli dengan kadar RM12.00 hingga RM15.00 satu keratan (log) sejak awal tahun ini, berbanding RM7.00 hingga RM8.00 pada tahun 2008…dan RM9.00 hingga RM10.00 pada tahun lalu. Sedangkan sebelum tahun 2000 harga sekerat rumbia berukuran kira-kira tiga kaki […]

Pekan Sabtu Oya – Tingkat rezeki nelayan

October 13, 2011

0

Sebut sahaja Pekan Sabtu Oya, bagi masyarakat di bahagian Mukah yang pernah pergi ke sana pasti akan terbayang pelbagai jenis ikan segar dengan harga berpatutan. Kedudukan Pekan Sabtu Oya di tepi Sungai Oya kira-kira 35 km dari bandar Mukah dikunjungi ramai pada setiap hari Sabtu, termasuk penduduk dari daerah Dalat, daerah Matu dan Mukah. Pada […]