Browsing All posts tagged under »Melanau«

Kaul Mukah: Antara Ritual dan Komersial

April 20, 2012

0

Majlis perasmian Kaul Mukah 2012, dijadual dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 21 April ini, dijangka lebih meriah daripada kaul sebelumnya. Berbeza dengan dahulu, pesta yang bakal dianjurkan minggu ini bakal membabitkan dua program rasmi, iaitu perasmian dan penutupan, yang dijadual dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri seminggu kemudian. Beberapa […]

Ciptaan inovatif orang kampung

November 1, 2011

0

Pada zaman dahulu kulit rumbia tidak lebih daripada sebagai bahan api dan lapik atas tanah becak di sekitar rumah kalangan masyarakat Melanau yang terlibat dengan kerja memproses batang rumbia menjadi tepung lemantak dalam kawasan Tanah Paya Gambut daerah Mukah dan daerah Dalat. Namun hari ini, selepas kajian penggunaan kulit pokok rumbia sebagai alternatif untuk kemasan […]

‘Pipus’ ganti ikan segar masa tengkujuh

October 28, 2011

0

Setiap kali tiba musim tengkujuh hujung tahun, golongan nelayan di Sarawak biasanya tidak turun ke laut kerana bimbang laut bergelora. Apabila nelayan tidak turun ke laut, maka ikan pun tiada di pasaran. Kalau ada pun adalah ikan yang dibekukan atau dipanggil ‘ikan ais’ di kalangan sesetengah masyarakat setempat. Lama sebelum Sarawak mengalami perubahan dari segi […]

‘Mulid’: Lambang kasih sayang sejati

September 29, 2011

0

Melanau Liko, sekumpulan kaum minoriti di Sarawak mempunyai salah satu amalan berkabung yang bukan sahaja agak aneh tetapi  juga berisiko kepada pengamalnya. Konon cerita seandai si pengamal tidak menjalankan kewajipan itu penuh teliti  dan berhati-hati selama 15 bulan tempoh berkabung maka malapetaka akan timbul. Kepercayaan mistik itu dipanggil mulid – suatu yang diamalkan oleh wanita kaum […]

Musim bubuk kembali lagi

September 4, 2011

1

Pantai bahagian Mukah kembali dilanda bubuk atau anak udang sejak beberapa hari lalu, menggalakkan ramai penduduk di persisir turun menangkap hasil laut tersebut. Kali terakhir bubuk melanda bahagian ini ialah pada April dan Mei 2011 dengan harga pasaran sekitar RM4 hingga RM5 sebakul kecil (kira-kira setengah kilogram). Masa ia berakhir tiga bulan lalu, jangkaan segelintir […]

Setelah 108 tahun Merdeka…

September 1, 2011

0

Sambutan detik ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-54 dirai dengan penuh rasa kesyukuran sambil kita menikmati suasana pemandangan malam indah penuh warna-warni oleh percikan bunga api di ruang udara. Saat indah menyaksikan corak percikan bunga api yang begitu menawan, pernahkah anda terbayang rupa bentuk Malaysia yang sudah lama merdeka pada 54 tahun akan datang pula? – […]