Browsing All posts tagged under »Sarawak«

Kisah penjaja dan Pesta Kaul Mukah

April 30, 2012

0

Perniagaan secara kecil-kecilan di bawah kanopi memang sudah sinonim dengan jualan murah pelbagai jenis barangan yang boleh ditawar dengan harga lebih rendah daripada pihak penjaja. Antara barangan yang paling popular ialah produk kesihatan (makanan tambahan), pakaian dan kecantikan. Lazimnya, pembeli paling banyak produk terbabit ialah golongan wanita. Namun, timbulnya perasaan ‘menang membeli dan menang memakai’ […]

Kaul Mukah: Antara Ritual dan Komersial

April 20, 2012

0

Majlis perasmian Kaul Mukah 2012, dijadual dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 21 April ini, dijangka lebih meriah daripada kaul sebelumnya. Berbeza dengan dahulu, pesta yang bakal dianjurkan minggu ini bakal membabitkan dua program rasmi, iaitu perasmian dan penutupan, yang dijadual dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri seminggu kemudian. Beberapa […]

Modus operandi ragut emas ‘secara baik’

April 20, 2012

0

Setiap langkahnya diperhati oleh sekumpulan tidak dikenali sejak dari tadi. Dia ialah seorang warga emas berusia 70-an, kini menjadi sasaran kumpulan penjenayah itu. Mereka terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki sedang dalam melaksanakan rancangan mereka untuk meragut segala emas di badan orang tua itu. Namun cara mereka meragut bukan seperti yang kita pernah baca […]

Di situ ada gula…

February 27, 2012

0

Siapakah pihak paling kuat menerima kesan apabila ekonomi dunia merudum secara tiba-tiba pada tahun 1997? Dan siapa pula merasa tertekan jika harga barang-barang keperluan harian naik mendadak di pasaran tempatan kita? Jawapan yang ada dalam minda anda itu mungkin tidak sama dengan orang lain, namun masing-masing mempunyai jawapan tidaklah jauh berbeza. Yang pasti krisis tersebut […]

Transformasi Berpersatuan Berdasarkan Analisis SWOT

February 20, 2012

0

“Pastikan persatuan penulis yang diwujudkan bukan setakat suka-suka berpersatuan tetapi lebih kepada memikirkan kegiatan atau menentukan arah tuju kesusasteraan, khususnya di negeri Sarawak dan umumnya di Malaysia. “Kerajaan Negeri Sarawak akan terus menyokong dan membantu dalam usaha memartabatkan kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan…” Demikian petikan daripada kata-kata Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa […]

Obsesi ‘K-Pop’

February 15, 2012

0

Obsesi!… Itulah kata hati saya secara spontan apabila mendapati minat mendalam dua adik-beradik terhadap kumpulan muzik pop dari Korea Selatan. Saya mulanya macam tidak percaya kerana dari penampilan luaran dua gadis berusia 20-an itu tidak menampakkan mereka peminat K-Pop. Namun, itulah hakikatnya. Mereka yang sudah ada kerjaya masing-masing sanggup berbelanja ratusan ringgit semata-mata untuk menyaksikan […]

Semangat Ngap Sayot

February 4, 2012

0

Sudah lama saya tidak menulis tentang perkembangan bola sepak di Sarawak, oleh kerana rasa teruja kali ini saya ingin berceloteh mengenainya. Secara peribadi, penulisan mengenai bola sepak akan mencetuskan sentimen dan nostalgia terhadap diri saya dalam dunia kewartawanan. Ini bukan sahaja atas faktor minat mendalam terhadap sukan tersebut, tetapi juga ia merupakan subjek yang membangkitkan […]